Kematian adalah perjalanan yang pasti dilalui oleh semua manusia.
Kita tidak akan dapat menghindarinya.
ALLAH S.W.T. berfirman :
"Tiap-tiap yang berjiwa pasti mati..." (QS 3:185)

Hari ini, 02 Februari 2009 genap 10 hari arwah nenek meninggalkan kami sekeluarga, setelah 24 tahun hidup bersama di bawah satu bumbung, dibesarkan oleh arwah nenek sejak saya berusia 7 bulan. Arwah nenek meninggal dunia pada 23 Januari 2009 (26 Muharram 1430H), Jumaat yang lepas.
Hari ini, 02 Februari 2009 juga adalah hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-25. Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia oleh Tuhan untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapanya, sebagai seorang pelajar dan tentunya sebagai seorang hamba kepada pencipta-NYA. Saya bersyukur di atas segala nikmat yang ALLAH S.W.T. kurniakan sepanjang usia saya 24 tahun ini. Saya bersyukur di atas segala musibah yang ALLAH S.W.T. berikan, kerana saya belajar sesuatu daripadanya. Alhamdulillah, semoga DIA sentiasa bersama saya, sentiasa berikan saya hidayah-NYA agar saya sentiasa dalam rahmat-NYA.
Akan tetapi, di satu sisi yang lain saya (dan keluarga) benar-benar terasa akan ketiadaan arwah nenek. Saya agak hilang fokus.
[P][S]
Terima kasih kepada mereka yang mengirimkan ucapan selamat hari lahir, sama ada menerusi panggilan telefon, SMS, YM dan sebagainya, mendoakan panjang umur saya, mendoakan saya dimurahkan rezeki, mendoakan saya menamatkan master dengan excellent dan mendoakan saya dikurniakan Tuhan dengan jodoh yang baik. Terima kasih, saya sangat menghargainya. Sungguh saya menghargainya. Semoga kalian juga di bawah lindungan ALLAH S.W.T. sentiasa.