Monday, May 18, 2009

KELAHIRAN YANG DINANTI


Alhamdulillah. Pada 16 Mei 2009 yang lepas, berakhir sudah hampir 11 tahun penantian Mak Andak dengan Pak Andak untuk mendapatkan zuriat pertama hasil perkahwinan mereka. 11 tahun bukanlah satu tempoh masa yang singkat. Buat masa sekarang, baby boy belum diberi nama lagi. Mak Andak, bagi nama Irfan, boleh?


Kalaulah arwah nenek masih ada, mesti arwah nenek sangat bersyukur dengan kelahiran cucunya yang satu ini. Melihat Mak Andak mempunyai zuriat sendiri merupakan salah satu perkara yang arwah nenek inginkan sebelum arwah meninggal dunia. Ajal maut ketentuan Tuhan, arwah nenek tidak sempat untuk melihat anak sulung Mak Andak. Walau apa pun, kami bersyukur kerana semasa arwah masih sihat dan kemudiannya jatuh sakit, sekurang-kurangnya pada masa tersebut arwah nenek mengetahui yang Mak Andak sedang mengandungkan anaknya. Alhamdulillah.

[NOTA KAKI]
1.Tarikh lahir 16 Mei 2009, lahir pada Sambutan Hari Guru. Dan, nampaknya cousin baru saya berkongsi hari lahir dengan lab mate, Akmal. Happy birthday Akmal!

2.Mohon pada Tuhan supaya cousin baru saya sentiasa di bawah lindungan-NYA.

3.Sememangnya saya merancang untuk balik ke rumah pada cuti persekolahan yang akan datang. Cepatlah masa berlalu, kesabaran menghitung hari sudah semakin menipis (erk..??)

4.Happy Teacher's Day kepada semua guru-guru di sekolah rendah dan menengah saya, semua lecturer saya di Kolej Matrikulasi-KPM, Langkawi (2002-2003) dan semua lecturer di wilayah selatan! Semoga Tuhan memberkati usaha kalian mendidik kami semua, sesungguhnya hanya Tuhan mampu membalas segala jasa kalian. Terima kasih.

10 comments:

Anike MK on May 18, 2009 10:44 PM said...

Tomeynya...
Nampaknya besaq nanti jadi cikgu kot.
hehe...

Izawati Che Rashid on May 18, 2009 11:54 PM said...

hehe, org dah tak sabar sangat nak blk kedah ni..tingat dekat budak kecik ni pun, dah boleh dok tersenyum sesorang!

cikgu? cikgu irfan!

SangPelangi on May 20, 2009 12:02 PM said...

Comelnya!! Wah-wah, kalau belum ada nama, sangatlah dialu-alukan menamakannya dengan Irfan. Hahaha.
11 Tahun penantian. Subhanallah. Patut perlu sangat bersyukur atas pemberian ini.

Tahniah buat Pak Mak Andakmu.

ف wildchild ۞ on May 20, 2009 3:05 PM said...

hepi belated birthday ;p
dan

selamat hari guru ;p

Izawati Che Rashid on May 20, 2009 10:27 PM said...

[Sang Pelangi]
erk..macam mana boleh sampai ke sini ni? hehe, ada sebab sebenarnya kenapa orang nak namakan baby ni dengan nama Irfan.. ;)

[Fa]
on behalf Akmal, thanks atas ucapan tu. oh..Akmal bgtau yang awak ni senior dia masa di MRSM Muar dulu. kenal la eh?

Yazid Husain on May 27, 2009 1:43 AM said...

taniah

ف wildchild ۞ on June 18, 2009 3:22 PM said...

yup memang kenal. hehe..

(tak sangka pulak famous ;p)

Izawati Che Rashid on July 13, 2009 10:51 PM said...

[Fa]
amboi..sukanya dia. so, hows teratak baru? ;)

mUTe on August 10, 2009 1:15 PM said...

cute gler baby nih.. Boley kidnap?? haha

Izawati Che Rashid on August 10, 2009 10:18 PM said...

[Mute]
erk..tengok je. jangan lebih2..hehe.

 

OUR JARGON MAY BE DIFFERENT Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template