Thursday, November 20, 2008

Akhirnya

6 comments
Akhirnya, misi kami (iaitu budak-budak lab genetic engineering) menghadiri open house dan semangat merayakan apa sahaja perayaan (semangatlah sangat..hehe) berakhir malam Isnin yang lepas. Bertempat di Permas Jaya, kami hadir ke open house sempena Deepavali di rumah salah seorang lab mates kami, Sharm. Ya, Deepavali sudah lama berlalu, tetapi memandangkan ada di antara kami yang perlu menghadiri our project's quarterly meeting di Masjid Tanah, Melaka, jadi majlis tertangguh sehinggalah pada malam Isnin lalu.

Bermula bulan Oktober yang lepas, sempena open house Hari Raya Aidilfitri sehinggalah malam Isnin lalu, ada enam majlis kesemuanya. Salah satunya mestilah di rumah saya!

14-10-08, Kangkar Pulai
Rumah En. Jamil (salah seorang supplier chemicals untuk lab kami)


17-10-08, Taman Pulai Utama
Rumah PM Dr. Rosli (our supervisor)


18-10-08, Taman Suria, Larkin
Rumah Dr. Nik


25-10-08, Taman Mutiara Rini
Rumah Kami [Saya, Nana, Ir dan Sia. Juga Su]


26-10-08, Pasir Gudang
Rumah Timm (lab mates) - gambar di rumah Timm tiada dalam simpanan saya.


16-11-08, Permas Jaya
Rumah Sharm (lab mate)

Owh, kami semua memang sangat bersemangat untuk pergi jalan-jalan ke sana ke sini. Dan juga bila datang hal-hal yang berkaitan mengisi perut! Semestinya kehadiran kami ke rumah Sharm yang paling dinantikan. Semestinya dapat merasa makanan kaum India, capati dan tose! Sedap, saya suka!

[P][S]
Saya rasa, setelah hampir enam tahun saya di Johor, tahun 2008 inilah tahun yang paling bermakna dalam diri saya setakat ini (selain semasa berada di tahun akhir undergrad). Bermakna yang bagaimana? InsyaAllah akan saya ceritakan dalam entry yang akan datang, bersama-sama dengan cerita kami ke Melaka! Berpeluang melepaskan anak-anak penyu yang comel ke laut :)

Wednesday, November 5, 2008

Quarterly Meeting

4 comments
Happy birthday to my Shaiful Nizar (5 November 2008). Wish you the happiness and bless from ALLAH S.W.T.

On the other note, I'll be away for three days from Friday until Sunday (7-9 November 2008). Going for our project's quarterly meeting dekat Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting, Masjid Tanah, Melaka. Wish me luck and safe journey.

[P][S]
I miss home. So much!
 

OUR JARGON MAY BE DIFFERENT Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template