Untuk Memek saya, happy belated birthday (20 September 2008). Selamat 24 tahun, lil mom. Saya mendoakan yang baik-baik sahaja untuk dia, saya doakan dia panjang umur. Saya doakan dia diberikan kesihatan yang bagus, tambahan pula dengan keadaan dia sekarang. Hope, lil mom and baby dekat dalam perut sana sihat-sihat hendaknya.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita semua akan menyambut hari raya. Jadi, di kesempatan yang ada saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang membaca coretan saya sekarang. Saya memohon maaf sekiranya ada di antara kita, salah faham atau tersalah cakap dan laku. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Apa pun, saya cuba belajar daripadanya, mohon DIA kuatkan hati saya menghadapi semuanya. Saya akan mula bercuti Jumaat ini, 26 September 2008 sehinggalah Ahad, 12 Oktober 2008. Kepada semua juga selamat bercuti, enjoy your hols!
Picture source by testi dot iluvislam dot com"Orang kata, lebih baik pilih mereka yang sayangkan kita, berbanding memilih mereka yang kita sayang. Sebabnya sudah tentu mereka yang sayangkan kita akan cuba untuk berbuat apa sahaja untuk orang yang mereka sayang." Saya.
"Mana satu pilihan hati? Orang yang sayangkan kita atau orang yang kita sayangkan?" Saya.
"Dua-dua bukan." Mak. Senyum.
"Pilihan hati mak adalah orang yang sayangkan kita kerana DIA." Mak.
"Em, macam mana kita boleh tahu yang seseorang itu sayangkan kita kerana apa?" Saya.
"Yang paling tahu hanyalah DIA." Mak.
"Kerana hanya DIA yang mampu membaca hati hamba-NYA." Mak.
"Dan hanya kerana keikhlasan terhadap DIA itu akan menyerlahkan keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang itu." Mak.
"Cinta di dalam jalan DIA. Bertemu kerana sama-sama mahu mencari redha DIA." Mak.
"Setiap insan yang bergelar manusia telah DIA ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi." Mak.
"Setiap manusia telah DIA tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah siapa jodoh kita?" Mak.
"Mak punya secret admire dulu macam mana? Mak memang tak ada perasaan langsung ke pada dia?" Saya.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tersebut. Mak takut dekat DIA." Mak. Senyum.
"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita sukakan seseorang, itu tandanya ada sesuatu yang istimewa pada orang tersebut. Apatah lagi orang yang kita sukakan itu berada di atas jalan dakwah DIA." Mak.
"Tapi ingat, kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang telah DIA tentukan sejak azali lagi. Tak mustahil orang yang paling kita benci itulah jodoh kita yang mana kita akan dikahwinkan dengannya kelak." Mak.
"Walau siapa pun jodoh yang DIA tentukan, terimalah denga redha. Kalau orang itu adalah orang yang kita sayang, alhamdulillah. Tapi, kalau dapat orang yang kita tak suka lantaran kelemahan yang ada padanya, ingatlah bahawa dalam diri setiap manusia telah DIA ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Mungkin hanya kita yang mempunyai kekuatan untuk mencungkil kelebihan yang ada padanya. Mungkin juga hanya dia yang mempunyai kelebihan yang kita sangat-sangat perlukan sedangkan orang lain tak pula mampu beri kepada kita." Mak.
"Alangkah bertuahnya sekiranya kita mengerti setiap pemberian daripada DIA dan belajar untuk bersyukur." Mak.
"Mak sudah membesarkan kamu dan mendidik kamu sedari belum lahir lagi untuk mencintai DIA. Sekarang mak serahkan kamu, anak yang mak sayang, kepada DIA untuk DIA pelihara." Mak. Masih senyum.
Saya lega dan syukur. Alhamdulillah.
[P][S]
Ada yang bertanya, apabila mereka melihat online message saya di YM "counting down the days". Kenapa? Seakan menghitung hari untuk sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup, sementelah saya sangat teruja untuk balik beraya tahun ini.




