Saturday, August 30, 2008

Salam Ramadhan

3 comments
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia.
Semoga kita sentiasa di bawah lindungan-NYA.
Semoga kita sentiasa diberkati-NYA.
Semoga segala urusan dipermudahkan oleh-NYA.

Picture source by commentestate dot com

Kepada semua, saya seikhlasnya memohon maaf sekiranya sepanjang persahabatan ini saya ada berbuat kesalahan dan kesilapan, baik yang disedari mahupun yang tidak disedari. Semoga DIA memberikan kita kesihatan yang baik. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51.

Friday, August 29, 2008

TUNAS dan Along Serbia Yang Sarkastik

0 comments
Hari ini, umur saya genap 24 tahun, 6 bulan, 3 minggu dan 6 hari. Tadi, selesai solat maghrib, saya tidur. Letih sangat. Letih dengan kerja-kerja lab, letih menanda kertas-kertas exam budak-budak undergrad, menilai laporan makmal budak-budak tahun 3, letih berfikir. Lebih letih dan penat apabila berfikir, daripada letih dan penat membuat lab works. But, alhamdulillah. Saya gembira seadanya saya pada hari ini. Lebih happy bila bangun dari tidur tadi, selesai membersihkan diri, Nana berikan saya TUNAS. Terkejut.

"Akak nak bunga apa? Sebut aje." Lee pula yang menyambung.
"Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?"
Dia membilang dengan jari tangan.

"Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik?
Bunga lawang? Bunga cengkih?"

Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip. "Tulip ada?"
"Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?"
A-Cid berpaling ke belakang.
"Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please.
Wrap with white organza."

Dia memetik jari. "Pink ribbon."
Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca.
"The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah.
Addin jatuh rahang bawah. The-what??
"A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu.."
"I'm Panah Arjuna. I spread the love."
Selamba dia menuturkan dengan muka toya.


Teringat semasa hari lahir saya yang ke-23 lepas, Nana hadiahkan 5 Tahun 5 Bulan. Sebelum itu, saya hanya membaca 5T5B di blog Hlovate kerana ianya belum dibukukan lagi ketika itu. 5T5B adalah e-novel pertama yang saya baca. Sebetulnya, saya sukakan 5T5B kerana saya merasakan ianya begitu dekat dengan diri saya, selain daripada gaya bahasanya yang santai dan mampu membuatkan saya tersenyum sendiri mengenangkan situasi kami. Mengenangkan karekter Along yang suka menyakat mengingatkan saya kepada Abg. Long.

Siapa tu? Mulutnya bertanya tanpa suara pada Mak Atun.
Mak Atun menggeleng. "Ni Ana. Orang gaji baru."
Sekali lagi tubuh Ana keras. Orang gaji?! Hatinya merengus.
Tapi memang betul la pun. Memang la orang gaji. Aku orang gaji?!
Ana berperang dengan hatinya sendiri.
"Ana orang sini ke orang Indon, Na?"
What?! Ana terasa nak menyiram isi kualinya bila mendengar soalan Along itu.
Ada gaya orang Indon ke aku?!
"Ana, Along tanya tu."
"Tak, saya orang Filipina."
Selamba dia menjawab tanpa berpaling ke belakang.
Kali ini dahi Afiq pula berkerut. Ai, loyar buruk pulak budak ni.
Dia merenung Mak Atun. Mak Atun sekadar tersengih.
Dia memang dah maklum dengan perangai Ana yang memang kuat lucu dan selamba.
Afiq menggigit bibir. Owh, loyar buruk kau ye. "Dah kahwin, Ana?"
Ana menjeling sambil mengambil pinggan untuk mengisi sayur goreng.
"Dah. Dah anak dua dah pun."

Afiq bangun.
"Sayang dah kahwin. Kalau tak boleh juga Along nak masuk line."
Ujarnya selamba sebelum menghilang ke ruang tamu.

Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidaklah sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik itu.

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni..lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kitorang kena diabetes ke Cik Ana oi?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.

Saya senang sepanjang mambaca 5T5B. Kalau dinilai dari segi pengisiannya, banyak love story yang sebegini. Walau begitu, pengisiannya dari segi nilai Islami, pengisian rohani juga dititikberatkan, tidak ditinggalkan. Yang paling saya suka adalah ending cerita ini, I can read Part IV of the book berulang kali dan senyum sendiri :)

[P][S]
1.Terima kasih Nana.
2.Teringat dekat Abg. Long yang perangainya ala-ala Along Serbia yang sarkastik itu :)

Saturday, August 23, 2008

Our Jargon May Be Different

4 comments
Surah Al-Insyirah

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu
Yang memberatkan punggungmu
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
bersungguh-sungguh (urusan) yang lain
Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Oh Tuhan, tabahkanlah hati hamba-MU ini.

[P][S]
Our jargon may be different, yeah this is what I understand by James Atkins Diet.

Thursday, August 21, 2008

Terima Kasih

4 comments
Pertamanya, alhamdulillah. Syukur kerana DIA telah memudahkan perjalanan saya. Juga terima kasih kepada labmates yang banyak membantu. Kepada teman-teman serumah yang mungkin terasa bosan bila mana saya membincangkan permasalahan research saya. Tetapi percayalah, beberapa minggu kebelakangan ini angka 99.68% sangat bermakna dalam hidup saya. Buat Nana, terima kasih sangat-sangat sebab sudi meneman ke lab setiap weekend. Berdebar rasa menunggu bulan Oktober nanti. Kalaulah boleh dibawa Nana sekali ke sana nanti, owh mesti seronok bukan?

Terima kasihlah kepada mereka yang terlibat! Buat teman-teman serumah, kita cari masa yang sesuai okey. Untuk Ir, happy birthday yang ke-24 (22 Ogos 2008). Semoga diberkati-NYA selalu. May you become wiser and maturer, housemate ^^.

[Ir & Su]

Buat Abg. Ngah, happy belated birthday (5 Ogos 2008)! Bukannya orang terlupa, cuma lately sangat busy dengan segalanya. Jumpa masa hari raya nanti, insyaAllah.
 

OUR JARGON MAY BE DIFFERENT Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template