Tajuk di atas merujuk kepada laporan akhbar Harian Metro 19 Jun 2008, yang memperkatakan perihal isteri yang melakukan zina, bukan sahaja bertanggungjawab menanggung dosa di atas perbuatannya, malah mengikut undang-undang Islam boleh direjam sehingga mati. Saya bukanlah mahu menulis tentang isteri yang berlaku curang kepada suaminya tetapi mengenai kriteria-kriteria yang perlu ada di dalam konteks perkahwinan, seperti yang diperkatakan oleh Pensyarah Fakulti Bahasa Arab, UIAM, Zahazan Mohamed di dalam laporan tersebut.
Petang tadi, selepas balik dari lab saya dan Su ke Kafe K9 untuk membungkus makanan untuk berbuka puasa. Sementara menunggu makanan yang dipesan siap, Su membaca Harian Metro. Tiba-tiba Su cakap..'Eh, dengar ni..ada enam kriteria dalam konteks perkahwinan iaitu pemilihan pasangan berdasarkan agama, keturunan keluarga yang baik, mencari bakal isteri yang masih gadis, memilih bakal isteri dari negeri berbeza, bakal isteri yang sihat (berdasarkan muka dan tapak tangan) dan sikap keprihatinan pasangan masing-masing.' Selesai Su membaca petikan daripada laporan itu, saya senyum, Su pun senyum.
Ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Spontan saya bertanya, 'Kenapa dia kata dari negeri berbeza?'. Kata Su, mungkin untuk mengembangkan generasi kita supaya tidak hanya tertumpu di kawasan yang sama sahaja. Ya, sama seperti saranan Islam untuk kita tidak mengahwini sepupu-sepupu sendiri, supaya dapat meluaskan takungan genetik generasi akan datang. Setuju. Tetapi seingat saya, inilah kali pertama saya diberitahu akan saranan atau kriteria di dalam sesebuah perkahwinan dengan memilih pasangan dari negeri yang berbeza. Terasa kelakar pun ada, walau tahu akan rasionalnya. Sebelum ini, sekiranya saya ditanya soalan-soalan yang mengarah kepada persoalan sebegini, dengan tidak seriusnya saya menjawab, 'Siapa-siapa pun okey, asalkan anak yatim piatu.' Kerana apa? Supaya setiap tahun kami dapat balik beraya di kampung saya sahaja. Hehe, hanya bergurau sahaja, jangan pula ada yang ambil serius tentang hal ini.
Secara peribadinya, berasal dari negeri mana pun pasangan kita itu nanti bukanlah suatu masalah yang besar saya rasa. Asalkan masing-masing tahu peranan masing-masing, dapat berdiskusi secara matang sekiranya timbul sebarang masalah dan saling tolak ansur, itu pun saya sangat-sangat bersyukur kepada-NYA.

Ya ALLAH,
Yang menciptakan aku,
dengan segala kerendahan hati aku memohon kepada-MU,
jika bagi-MU dia adalah jodoh yang baik untukku,
maka Engkau berikanlah petunjuk dan jalan agar kami dapat bersama.
Tetapi jika dia hanya akan memberikan aku keburukan,
atau hanya akan melunturkan sujudku kepada-MU,
maka Engkau dekatkanlah aku kepada pilihan yang lain,
yang kemudiannya menjadikan aku lebih sujud di hadapan-MU.
Mudah-mudahan dengan dikabulkan oleh-MU doa dan permohonanku,
akan menjadikan aku lebih sujud di hadapan-MU.
AMIN.

0 comments:
Post a Comment